20 September 2011 jam 8.02 malam Mohamad Firas b. Mohamad Fazli 4.5kg selamat lahir ke dunia di Hospital Bersalin Pulau Pinang... jauh tu... kenapa ya.. Kerana ambe selesa di sana.. suami ambe pun setuju misinya tak tension.. doktornya baik hati tak stress dan tempatnya selesa tak "crowded" macam tin sardin.... dulu Mohamad Faiz Husainiputera kami ke 3 pun di lahirkan di sini dengan berat 4.02 kg normal dan Alhamdulillah sihat dan selama. So.. ambe tawakkal untuk bersalin di sini juga dengan sokongan suami ambe tercinta kerana dia kena bermalam dalam kereta kalau ambe tak bersalin lagi.. tapi Alhamdulillah incharcharge 4.00 pagi bersalin malamnya... lepas tu suami ambe boleh balik umah sok pagi mai balik.. ma abah ambe mai pagi soknya siap boleh promote kepok lekor dan kering lagi kat misi kat situ.. rezeki... Terima kasih kepada misi dan dokter kat HBPP yang berkhidmat dengan cemerlang...
No comments:
Post a Comment